Profil

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH


1.       Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.

2.       Menentukan sumber kewangan PSS.

3.       Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan           cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.

4.       Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa           Kerja.

5.       Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas,           jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain

6.       Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan
          di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan
          kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.

7.        Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral
          dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media
          teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.




SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH


1.       Menyelaraskan semua program media yang dirancang dan dilaksanakan.

2.       Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber.

3.       Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS untuk dimajukan ke Jawatankuasa Induk.

4.       Menyediakan laporan tahunan Pusat Sumber Sekolah.

5.       Merancang dan melaksanakan program perkembangan kakitangan.

6.       Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.

7.       Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan pelbagai media pendidikan yang terdapat di
          Pusat Sumber.

No comments:

Post a Comment