Selamat datang ke blog PSS kami. Blog ini dibina atas
kesedaran untuk perkongsian maklumat selaras dengan hala tuju PSS sekolah dalam membudayakan teknologi pendidikan di sekolah. Segala perkhidmatan dan urusan PSS akan dikongsikan untuk membentuk satu rangkaian komunikasi yang efektif di kalangan warga sekolah dan juga ibubapa.
Selain itu, blog ini juga berhasrat untuk berkongsi pengalaman dan idea pelajar dan guru dalam aktiviti-aktiviti PSS.Tidak dapat dinafikan, perkongsian idea akan membuahkan hasil yang dihasratkan. Hal ini kerana segala kesukaran yang kita hadapi ketika merangka sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan dapat dipermudah dan disingkatkan dari segi jangka masanya lantaran lautan maklumat yang terbentang luas tanpa tepian kini terpapar jelas di skrin komputer, lebih-lebih lagi dengan munculnya blog dengan pelbagai genre yang begitu berpengaruh dalam dunia internet. Justeru, PSS sekolah ini tidak mahu ketinggalan dalam arus perdana ini.
Kami berkeyakinan bahawa penggunaan blog akan memperluas jaringan sumber ilmu pengetahuan. PSS kami juga berhasrat menjadi pemain yang produktif dalam jalinan lebuh raya maklumat ini. Selamat mengunjungi blog kami dan dipersilakan untuk meninggalkan sebarang komen untuk perbincangan mahupun pembaikan PSS bagi memanfaatkan generasi muda di sekolah.

No comments:
Post a Comment