Laman Utama

Selamat Datang ke Pusat Sumber Sainsri

VISI

  • Membudayakan Teknologi Pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara


MISI PSS

  • Menjadi pusat rujukan yang lengkap dan selari dengan perkembangan semasa bagi membantu menjayakan visi sekolah dan seterusnya matlamat Falsafah Pendidikan Negara


MOTTO PSS

  • Pusat Sumber Sekolah Ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu


MATLAMAT PSS

  • Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah. 
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama. 
  • Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif. 
  • Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.


OBJEKTIF PSS

  • Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar. 
  • Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran 
  • Meningkatkan profesionalisme guru 
  • Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat. 
  • Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran. 
  • Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar

No comments:

Post a Comment